Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR

Iklan
Gambar kecil: Fahmi

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kononnya berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke dalam akaun parti itu.

Beliau berkata, akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.

Iklan
Iklan

"Ada individu muat naik posting (hantaran) palsu dan fitnah yang amat jijik. KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, dan akaun berkenaan diaudit juruaudit bertauliah.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat segera terhadap individu yang menyebarkan dakwaan terbabit.

Iklan

Dakwaan itu dibuat oleh individu bernama Sabrizan Salleh yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) semalam. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan