PFAM simpati isu tunggakan gaji Kedah

Iklan
Laporan media sebelum ini.

PERSATUAN Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berdepan isu tunggakan gaji menjelang musim baharu Liga Super 2024/25 dijadual bermula 10 Mei ini.

Presiden PFAM, Safee Sali berkata, beliau jelas sedih memikirkan perasaan para pemain KDA FC termasuk mereka yang terpaksa menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing dalam keadaan kurang menyenangkan ketika ini.

Iklan
Iklan

"Kita sememangnya berasa simpati melihat pemain berdepan masalah tunggakan gaji pada musim raya ini dan ia masih belum selesai dengan musim baharu Liga Super hampir bermula tidak lama lagi,” katanya.

Safee berkata, pihaknya akan menyemak kemajuan kes berkenaan dengan peguam PFAM.

Iklan

Katanya, kemelut melanda pasukan Sang Kenari itu juga sekali lagi mencemar imej bola sepak negara memandangkan peminat bola sepak saban musim terus disajikan dengan cerita kurang enak berhubung masalah serupa sebelum saingan baharu liga bermula.

Safee berkata, kegagalan pihak pengurusan KDA FC mengurus dana dengan baik boleh mengundang risiko Sang Kenari hilang daripada radar Liga Super, sekali gus mengurangkan kemeriahan kancah bola sepak tempatan musim depan.

Iklan

"Jika pasukan sebesar Kedah yang mempunyai peminat besar dalam negara tidak beraksi, (ia) satu petanda kurang baik buat liga kita. Bukan sahaja peminat, malah pemegang saham dan pihak terlibat juga bakal terkena tempiasnya dengan berdepan kerugian besar dalam situasi ini,” kata bekas penyerang kebangsaan itu.

Pada 5 April lalu, KDA FC menerima padah apabila dikenakan hukuman pemotongan tiga mata saingan Liga Super musim 2024/25 dan denda RM50,000 kerana kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji 2023.

Pengerusi badan bebas First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, ia selepas pasukan berkenaan didapati gagal mematuhi ketetapan syarat menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji pada 30 Mac lalu.

Sekiranya Kedah gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikan pembayaran pada 5 petang, 20 April, Lesen Kebangsaan pasukan itu boleh ditarik balik sekali gus tidak layak beraksi dalam saingan Liga Super 2024/25. - Bernama