5,000 ekor anak ayam rentung, reban terbakar

Iklan
Kira-kira 5,000 ekor anak ayam hangus dalam kebakaran di sebuah ladang ternakan di Jalan Jerangau-Jabor, Cheneh, Kemaman pada Jumaat. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu

KEMAMAN - Kira-kira 5,000 ekor anak ayam hangus dalam kebakaran di sebuah ladang ternakan di Jalan Jerangau-Jabor, Cheneh, di sini pada Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Zulkifli Abd Ghani berkata, seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kebakaran melibatkan reban ayam berkeluasan 130x25 kaki persegi.

"Apabila tiba di tempat kejadian didapati reban ayam itu terbakar 100 peratus.

Iklan
Reban ayam terbakar 100 peratus sehingga menyebabkan kira-kira 5,000 ekor anak ayam hangus dalam kejadian di Jalan Jerangau-Jabor, Cheneh, Kemaman pada Jumaat. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu

"Jadi anggota bomba telah bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan air dari tangki pam jentera sehingga padam sepenuhnya.

"Berdasarkan maklumat, difahamkan pekerja ladang tersebut mendapati reban ayam itu telah terbakar dalam kejadian pada jam 8.20 pagi sebaik tiba di lokasi berkenaan.

Iklan

"Lebih kurang 5,000 ekor anak ayam berusia satu hingga dua minggu yang berada dalam reban tersebut hangus terbakar sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28