Wanita Sweden terima pampasan selepas dipecat kerana bertudung

Iklan
Badan Kesaksamaan Sweden menegaskan hak kesaksamaan dalam pasaran buruh dan kebebasan beragama tidak seharusnya bercanggah dengan kepentingan majikan. Foto hiasan

STOCKHOLM - Seorang pekerja wanita Muslim di Sweden bakal menerima pampasan berjumlah 150,000 Swedish Krona (RM65,734) daripada sebuah syarikat penerbangan selepas dia dipecat kerana memakai tudung.

Badan Kesaksamaan Sweden membuat keputusan itu pada Khamis selepas menerima aduan wanita yang berdepan diskriminasi tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Syarikat penerbangan yang tidak membenarkan simbol agama dan melaksana dasar kod pakaian seragam, memecat wanita tanpa menggajinya kerana bertudung walaupun permohonan kerja wanita itu sudah diterima.

"Ini adalah satu bentuk diskriminasi," kata Ketua Pengarah Badan Kesaksamaan Sweden, Lars Arrhenius.

Iklan

Menurut Arrhenius, hak kesaksamaan dalam pasaran buruh dan kebebasan beragama tidak seharusnya bercanggah dengan kepentingan majikan.

"Bagaimanapun, dalam mencapai keseimbangan, kebebasan dalam beragama haruslah menjadi keutamaan," katanya.

Iklan

Sebagai ganti rugi, badan berkenaan mengarahkan syarikat membayar wanita terbabit yang memfailkan aduan tahun lalu atas dakwaan berdepan diskriminasi dalam pasaran kerja. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28