Pesohor media sosial cari suami kaya

Iklan
Tangkap layar Karolina membawa kertas bertulis 'mencari suami kaya' di dalam sebuah pesawat. - Agensi

MIAMI - Seorang pesohor media sosial mencuri tumpuan warganet apabila dia bertindak berani mencari bakal suami di dalam sebuah pesawat baru-baru ini.

Karolina Geits yang juga seorang model membawa sekeping kertas tertera ayat berbunyi ‘mencari suami kaya’ dan turut mengumumkannya di hadapan penumpang lain.

Iklan
Iklan

Dalam satu hantaran di platform TikTok, Karolina dilihat membawa kertas tertera slogan itu semasa berada dalam penerbangan dari Miami ke New York.

Karolina kemudiannya menunjukkan kertas tersebut kepada pramugari bertugas dan meminta izin untuk 'mengisytiharkannya'.

Iklan

Malah, Karolina turut membawakan kod bar bagi mereka yang berminat mengenanya dengan lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.

"Hai, kawan-kawan. Nama saya Karolina Geits. Saya sedang mencari seorang suami yang kaya. Saya duduk di kerusi 2E. Marilah jumpa saya kalau awak kaya,” katanya.

Iklan

Karolina memberitahu, idea tersebut mendapat sokongan penuh daripada kru penerbangan dan juruterbang.

"Mereka sangat menghargai kreativiti saya. Saya amat berterima kasih atas kebaikan kru pesawat dan sokongan semua orang,” ujarnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!