Trend beli produk tempatan meningkat
Iklan
Kadar pembelian produk atau barangan jenama tempatan dalam negara menunjukkan peningkatan. Gambar kecil dari kiri: Shazali Abu Mansor, Mohamad Fazli
SHAH ALAM - Kadar pembelian produk atau barangan jenama tempatan dalam negara menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas kerana ia kini menjadi trend dalam kalangan masyarakat.
Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri yang juga merupakan Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia berkata, rakyat mula memilih barangan tempatan atas beberapa faktor antaranya peningkatan kos sara hidup.