Jualan Dsara Fried Chicken naik 60 peratus

Iklan
Syarifudin (kiri) bersama para pekerja Dsara Fried Chicken.

SHAH ALAM - Perniagaan francais makanan tempatan, Dsara Fried Chicken mencatatkan trend peningkatan jualan dengan purata sebanyak 60 peratus bagi semua cawangan sejak bulan Oktober tahun lalu.

Pengasasnya, Syarifudin Omar berkata, cawangan melibatkan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu merekodkan perubahan paling ketara berbanding kawasan lain.

Iklan
Iklan

Salah satu cawangan, Dsara Fried Chicken.

"Sebelah Pahang sahaja, peningkatan jualan hampir 90 peratus. Sebelah utara dalam 60 peratus peningkatan.

Iklan

"Penjualan ini konsisten maknanya ia tidak berubah, macam bulan Januari jatuh, Februari naik,” katanya kepada Sinar Ahad.

Persekitaran dalam Dsara Fried Chicken.

Iklan

Ujar Syarifudin, gerakan boikot produk berkaitan Israel turut membuka peluang kepada jenama tempatan untuk lebih dikenali ramai.

Menurutnya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) turut memainkan peranan penting dalam membimbing para usahawan dalam aspek perkembangan perniagaan francais lokal selain bantuan kewangan.

"Mereka juga menyediakan kelas prosedur operasi standard (SOP), macam mana hendak menjadi francaisi dan lebih kepada mendidik.

"Sekali gus memberi kesedaran berhubung perniagaan francais kepada usahawan bumiputra,” katanya.