'Membazir jika tiada garis panduan jelas'
Iklan
SHAH ALAM - Penubuhan pengerusi Komuniti Desa Madani yang dikatakan bertindih dengan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) hanya boleh dianggap pembaziran sekiranya tiada tujuan dan garis panduan jelas berkaitan pelaksanaannya.
Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara Kedah, Firdaus Ramli berkata, kewujudan dua institusi berkenaan sewajarnya saling melengkapi agar dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.