Dasar kecukupan makanan gagal
Iklan
ORANG yang tahu agama selalu kata, apa saja yang berlaku ada hikmahnya. Jadi saya ucap terima kasih kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, atas cadangan supaya kita makan ubi kayu sementara menunggu masalah kekurangan atau kehilangan beras putih tempatan (BPT) diatasi.
Kalau dikaji daripada masalah kekurangan atau kehilangan BPT sejak akhir-akhir ini, nampaknya lama dan banyak jugalah ubi kayu yang kita kena makan.