Gelora UMNO Selangor
Iklan
PELETAKAN jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai bendahari UMNO Selangor pada 1 April lalu tidak menimbulkan gelora besar atau krisis dalam parti di negeri tersebut.
Belum lagi barangkali. Urusan UMNO Selangor berjalan seperti biasa. Bak kata orang business as usual.
Pimpinan UMNO Selangor yang diterajui oleh Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Megat Zulkarnain Omardin kelihatan tenang. Tidak ada tanda yang beliau akan menekan butang panik.
Beliau masih belum bertindak balas secara rasmi terhadap kenyataan Tengku Zafrul yang mendakwa kebangkitan UMNO di Selangor kelihatan hambar dan tidak sehaluan dengan tema UMNO pusat.