Perpaduan mesti dinormalisasikan
Iklan
KEBELAKANGAN ini soal perpaduan kembali bergema. Ada yang menganggap ia stabil, sebilangan bertanggapan sudah tiba masanya ia diperkukuhkan.
Mengurus isu perpaduan bukan mudah kerana ia memerlukan kepercayaan dan keyakinan luar biasa sesama kita. Persoalannya, mampukah kita membelakangkan keinginan majoriti untuk kekal muhibah, aman, sejahtera dan selamat.
Proses pembangunan, modenisasi dan literasi telah membawa Malaysia menjadi antara negara pilihan di peringkat serantau dan global. Namun, ia boleh tercicir dari radar dunia jika sekiranya tanggungjawab ke atas perpaduan diketepikan. Tidak dinafikan, masyarakat kini mempunyai kecenderungan mengutamakan kebendaan dan bersifat individualistik berbanding sebelumnya.