Iran lancar dron serang Israel

Iklan
IRAN melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu. Foto Flightradar24

IRAN melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.

Bagaimanapun serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum mencapai sasarannya.

Iklan
Iklan

Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh-puluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.

Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.

Iklan

Pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Iran supaya tidak menyerang Israel.

Tentera Israel berkata, siren akan berbunyi di mana-mana kawasan yang terancam dan pertahanannya bersedia untuk menanganinya.

Iklan

Israel dan negara jiran Jordan, yang terletak di antara Iraq dan Israel, berkata, mereka menutup ruang udara mereka pada malam Sabtu.

Perang Gaza antara Israel dan Hamas telah mencetuskan ketegangan di rantau itu. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28