ROM - Ratusan penunjuk perasaan menyertai demonstrasi di Rom menggesa perang Israel-Hamas dihentikan pada Sabtu.
Tunjuk perasaan itu berlaku pada ketika Iran mula melancarkan serangan ke atas kepentingan Israel termasuk ke atas kapal di Selat Hormuz.
Perang antara Hamas dan Israel telah meningkatkan ketegangan serantau dengan penglibatan Iraq dan Syria.
Pelajar universiti yang hadir turut membantah bidaan baharu untuk kerjasama akademik antara Rom dan Baitulmaqdis yang dipromosikan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Itali.
Ia termasuk penyelidikan mengenai teknologi dwi-guna yang boleh digunakan untuk aplikasi awam dan ketenteraan.
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih 33,600 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 76,200.
Wanita dan kanak-kanak membentuk dua pertiga daripada kematian di Gaza. - Awani
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28