TEHERAN - Ribuan rakyat Iran turun ke jalan raya pada awal pagi Ahad sebagai tanda sokongan terhadap serangan dron dan peluru berpandu yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap Israel.
"Kematian kepada Israel dan Amerika laungan slogan oleh rakyat Iran di Dataran Palestin di Iran selepas Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengumumkan serangan dikenali sebagai ' Operation Honest Promise'
Iklan
Iklan
Satu mural menunjukkan perkataan ' tamparan seterusnya lebih sengit' telah dibentangkan di dataran di mana terdapatnya sepanduk besar digantung beberapa hari yang ditulis dalam bahasa Ibrani menggesa warga Israel 'berlindung'.
Pada hari Ahad, rakyat Iran mengibarkan bendera kebangsaannya dan Palestin bersama sepanduk bertulis 'Kemenangan Tuhan sudah hampir'.
Serangan Iran berlaku sebagai tindakan balas terhadap serangan 1 April yang meratakan bangunan konsulat lima tingkat kedutaan Iran di Damsyik, Syria dan membunuh tujuh anggota IRGC termasuk dua jeneralnya.
Sejak itu Teheran berikrar untuk membalas dendam terhadap serangan yang dipersalahkan secara meluas ke atas Israel.
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berjanji bahawa rejim Israel akan dihukum atas tindakannya itu. - AFP