Barisan panjang di stesen minyak sekitar Teheran

Iklan
Serangan itu menimbulkan pembelian panik minyak petrol dalam kalangan orang ramai sekiranya harganya melambung tinggi jika berlaku perang dalam skala yang lebih besar. Foto X/@raviagrawal3

TEHRAN - Barisan panjang terbentuk di kebanyakan stesen minyak di Teheran apabila rakyat Iran bergegas mengisi minyak kenderaan mereka.

Ini susulan selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel pada lewat malam Sabtu.

Iklan
Iklan

Serangan itu menimbulkan pembelian panik minyak petrol dalam kalangan orang ramai sekiranya harganya melambung tinggi jika berlaku perang dalam skala yang lebih besar.

Serangan Iran terhadap Israel dalam misi balas dendamnya tidak pernah berlaku sebelum ini yang berkemungkinan mendorong Asia Barat semakin hampir kepada perang di seluruh rantau.

Iklan

Serangan itu menandakan kali pertama Iran melancarkan serangan ketenteraan langsung ke atas Israel, walaupun berdekad-dekad permusuhan sejak Revolusi Islam 1979 di negara itu. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan