ERIK ten Hag enggan mengulas kemungkinan Manchester United bakal mencatatkan penamat terburuk mereka dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum keluar dari sidang akhbar selepas perlawanan menentang Bournemouth.
United kini berada pada kedudukan ketujuh EPL selepas gagal menewaskan Bournemouth pada awal pagi Ahad.
Iklan
Iklan
Mereka hanya mampu seri 2-2 di Stadium Vitality dan bermakna Red Devils kini ketinggalan 10 mata di belakang Aston Villa yang kini menduduki tempat keempat untuk layak ke Liga Juara-Juara.
Masih tidak jelas sama ada Ten Hag yang mendapati dirinya berada di bawah tekanan pada pelbagai peringkat kempen mempunyai masa depan jangka panjang di Old Trafford apabila Sir Jim Ratcliffe dan Ineos bertanggungjawab ke atas operasi sukan di kelab itu.
Ten Hag juga bersikap tenang dalam beberapa bulan kebelakangan ini, namun dia kelihatan terkesan pada sidang akhbar selepas perlawanan apabila wartawan bertanya sama ada United bakal mencatatkan penamat terendah dalam sejarah EPL tahun ini.
Ten Hag telah memantapkan pasukan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan United masih mempunyai peluang untuk memenangi trofi selepas mara ke separuh akhir Piala FA.
Tetapi, rentetan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam liga bermakna United mungkin tidak bermain di Eropah tahun depan - serta prospek untuk menamatkan saingan di kedudukan ketujuh buat kali pertama dalam era EPL.