Koperal bantu tolak kereta rosak di tengah jalan

Iklan
Mohd Najib (kanan) dan Nassir (kiri) membantu menolak kereta milik seorang OKU yang rosak di tengah jalan di Pekan Kota Marudu.

KOTA MARUDU - Prihatin dengan pemandu orang kurang upaya (OKU) yang terkandas di tengah jalan menyebabkan dua anggota trafik bergabung tenaga menolak kereta yang dipandu ke tempat parkir dalam kejadian di Pekan Kota Marudu di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Koperal Mohd Najib Hanifas dan Koperal Nassir Deraup dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Marudu ketika itu sedang menjalankan penugasan Omnipresent dan Op Lancar sempena Op Selamat di kawasan pekan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki yang mengalami kecacatan pada kaki telah terkandas di tengah jalan akibat masalah enjin.

Difahamkan, kereta tersebut tidak dapat dihidupkan dan menyebabkan dua anggota trafik membantu untuk menolak kenderaan tersebut sejauh kira-kira 30 meter ke tempat parkir berhampiran.

Iklan

Kedua-dua koperal tersebut selesai menjalankan tugasan mereka selepas kereta tersebut diletakkan di kawasan parkir sementara menunggu bantuan daripada rakannya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28