Lima beranak nyaris maut kereta dinaiki jatuh gaung

Iklan
Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah kereta terjatuh gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu pada Ahad.

HULU SELANGOR - Lima beranak nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh gaung sedalam 30 meter dalam kejadian di Jalan Kuala Kubu Bharu dekat sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 9.41 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung berkedalaman 30 meter di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, anggota bomba bertugas kemudiannya menjalankan kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat.

"Mangsa didapati mengalami kecederaan ringan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!