Azeem sambar emas di Florida

Iklan
Azeem. - Foto Instagram Azeem Fahmi

PELARI pecut negara, Mohd Azeem Fahmi menjulang nama Malaysia apabila merangkul pingat emas acara 4×100 meter (m) dalam saingan Tom Jones Memorial Invitational di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Kejohanan anjuran Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan AS (NCAA) itu berlangsung di Gainesville, Florida menyaksikan anak jati Teluk Intan, Perak itu menjadi sebahagian daripada kuartet 4x100m Universiti Auburn.

Iklan
Iklan

Selain Azeem Fahmi, kuartet universiti tersebut turut diperkuat Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi untuk melepasi garisan penamat menerusi catatan masa 38.64 saat (s).

Kejayaan itu sudah pasti membakar semangat Azeem untuk memburu slot kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 Julai depan.

Iklan

"Berperang seperti helang," catat Azeem menerusi laman X pada Ahad.

Dalam saingan itu, kuartet dari Louisiana State University (LSU) pula meraih tempat kedua dengan catatan masa 38.93s, manakala kuartet dari University of Kentucky menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan masa 38.96s.

Iklan

Azeem yang bakal mencecah usia 20 tahun pada 29 April ini turut merekodkan masa 10.44s dalam acara 100m.

Catatan tersebut meletakkannya di tangga ke-22 daripada 75 pelari.

Biaprun gagal layak ke peringkat seterusnya, catatan tersebut menjadikan beliau pelari kedua terpantas dari Universiti Auburn.

Keputusan itu menyaksikan Azeem terpaksa menunggu lagi untuk mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 kerana dia perlu melepasi had kelayakan 10s.

Sebagai rekod, catatan peribadi terbaik Azeem adalah 10.09s - rekod kebangsaan yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia di Colombia pada Ogos 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!