Tentera AS bantu Israel 'patah' serangan Iran

Iklan
Gambar edaran yang disediakan Rumah Putih menunjukkan Biden bertemu dengan anggota pasukan keselamatannya mengenai serangan Iran ke atas Israel. - Foto: AFP

WASHINGTON - Presiden Amerikat Syarikat (AS), Joe Biden mendedahkan tentera AS telah membantu Israel menembak jatuh hampir semua dron dan peluru berpandu yang dilancarkan Iran pada Sabtu.

Malah, Biden memberitahu, AS juga membantu Israel daripada tidak membalas dendam terhadap Teheran memandangkan sekutunya itu sudah menunjukkan kekuatan mereka.

Iklan
Iklan

Pada Ahad, Biden bersidang dengan pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) bagi menyelaras tindakan diplomatik ke atas Teheran.

Langkah itu dilihat sebagai isyarat bahawa Biden cuba untuk mengelak ketegangan ketenteraan yang boleh memburukkan lagi konflik di Asia Barat.

Iklan

Biden juga sudah memanggil Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi menyatakan dengan tegas sokongan kukuh Washington kepada Israel selepas hubungan tegang baru-baru ini susulan perang di Palestin.

"Saya memberitahunya (Netanyahu) bahawa Israel menunjukkan keupayaan yang luar biasa untuk bertahan dan mematahkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Iklan

"Ia satu mesej jelas kepada musuhnya bahawa mereka tidak boleh mengancam keselamatan Israel dengan berkesan," kata Biden.

Biden berkata, beliau mengarahkan pesawat ketenteraan dan pemusnah pertahanan peluru berpandu balistik AS ke Asia Barat dalam beberapa hari akan datang.

Ia ekoran kemungkinan besar timbul ancaman susulan serangan Israel terhadap rakyat Iran di Damsyik.

"Terima kasih kepada kerahan ini dan kemahiran menakjubkan anggota perkhidmatan kami. Kami membantu Israel mematahkan hampir semua dron dan peluru berpandu," ujarnya.

Kebimbangan memuncak sejak serangan Israel pada 1 April lalu, ke atas bangunan diplomatik Iran di Damsyik yang membunuh tujuh Pengawal Revolusi elit termasuk dua jeneral.

Setelah melancarkan serangan dron, Teheran memberi amaran kepada AS supaya tidak mencampuri konfliknya dengan Israel. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!