Aliran trafik dari Utara dan Pantai Timur ke Lembah Klang sesak

Iklan
Pemandangan aliran trafik perlahan berikutan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan fotoBernama berhampiran susur keluar Lebuhraya PLUS Plaza Tol Gopeng, 11.30 pagi tadi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan pantai timur menuju ke Lembah Klang padat setakat petang ini susulan orang ramai berpusu-pusu pulang dari kampung halaman usai cuti Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 5 petang ini kenderaan memenuhi lebuh raya dari utara menuju ke Lembah Klang, antaranya di Pendang ke Gurun sehingga ke Sungai Petani Utara selain dari Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Bandar Baharu ke Alor Pongsu dan Bukit Merah ke Taiping.

Iklan
Iklan

"Trafik juga sesak dari utara ke Lembah Klang di Gopeng menuju Tapah, Sungkai ke Slim River dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya.

"Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2, trafik sesak di Kawasan Rehat dan Rawat Paka menuju ke Paka dan Kijal ke Chukai,” katanya ketika dihubungi.

Iklan

Pergerakan trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 menuju ke Lembah Klang.

Sementara itu, lalu lintas dari selatan menuju ke Lembah Klang dilaporkan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di Jasin menuju ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju Nilai.

Iklan

Pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati ketika memandu berikutan hujan lebat di kebanyakan lokasi. - Bernama