Tembakan di KLIA: 'Along' sepatutnya tidak bertugas

Iklan
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan lagi kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal I awal pagi tadi. Foto Bernama. Mohd Affan (kanan).

SEPANG - Rakan kepada pengawal peribadi yang parah akibat kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi berkata, mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan ‘Along’ itu tidak seharusnya bekerja semalam.

Mohd Affan Mohd Aris berkata, yang sepatutnya bekerja pada hari kejadian ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Hari Raya Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Along sempat menghantar gambar ketika dia mula bertugas, di dalam kumpulan WhatsApp syarikat sekuriti tempat mereka bertugas.

"Ini dia (Along) sempat hantar gambar badge (lencana) kerja pada 12.48 pagi dengan menulis ‘bertugas mengejut malam ini’,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Cyberjaya, di sini pada Ahad.

Iklan

Mohd Affan berkata, Along juga tidak sempat membalas usikan seorang lagi rakan yang bertanya dalam kumpulan WhatsApp mereka sama ada dia (Along) memerlukan bantuan tambahan kerana bekerja sewaktu musim perayaan.

Sementara itu rakan sekerja Along, Nurhafiza Azizan yang sepatutnya bertugas malam itu berkata beliau mungkin tidak akan dapat mengawal keadaan sebagaimana dilakukan Along sekiranya dia (Nurhafiza) yang bertugas semalam. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!