Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir

Iklan
Imej daripada rakaman video menunjukkan jejak misil dilancarkan Iran di ruang udara Masjid Kubah Batu di Baitulmaqdis pada awal pagi Ahad. - Foto: AFP

TEHERAN - Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi Janji Benar ke atas wilayah Israel.

"Ia sudah berakhir dari sudut pandangan kami, namun tentera kami sentiasa siap siaga untuk bertindak jika wujud ancaman daripada musuh,” ujarnya pada Ahad beberapa jam selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan operasi menggemparkan itu.

Iklan
Iklan

Beberapa pakar percaya serangan dron pada skala perlahan itu untuk menghantar isyarat kepada Israel bahawa Iran boleh menggunakan keupayaan berbeza dalam taktik mereka.

"Teheran boleh melancarkan serangan berskala besar jika ia memilih untuk merentasi pelbagai vektor," ujar penganalisis kanan di Institut Dasar Strategi Australia di Washington, Nishank Motwani.

Iklan

Sejak awal bulan lalu, pihak berkuasa Iran telah berulang kali memberi amaran mahu 'menghukum' rejim Zionis kerana membunuh tujuh anggota IRGC termasuk dua jeneral unit elit Quds ketika ia melancarkan serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.

Beberapa hari selepas insiden itu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khameni berkata, Israel akan 'ditampar' atas perbuatan mereka yang jelas menunjukkan Teheran tidak akan berdiam diri.

Iklan

Sejak Revolusi 1979, Israel telah menjadi seteru utama negara republik Islam tersebut malah ia berulang kali menggesa tindakan membinasakan rejim Tel Aviv dengan sokongan ke atas tuntutan Palestin sebagai salah satu tonggak revolusi mereka.

Sehingga Sabtu, Teheran mengelak serangan secara terus ke atas Israel walaupun ia kekal menyokong gerakan Paksi Penentangan Anti-Israel terdiri daripada pejuang Hizbullah dan Huthi sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

Beberapa jam sebelum Operasi Janji Benar bermula, Teheran dilaporkan merampas kapal kontena yang didakwa ada kaitan dengan Israel di perairan Teluk yang turut dikecam Amerika Syarikat (AS). - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!