Tiada kejadian rompak bersenjata, itu 'posting' 2018 - Polis

Iklan
Tular mesej berlaku rompakan bersenjata sehingga mangsa cedera di Kinarut dan hantaran yang diulang siar dan dikongsikan pada 2018 di Facebook. Gambar kecil: Kamaruddin

PAPAR - Polis Papar menafikan berlaku kejadian rompakan bersenjata sehingga menyebabkan mangsa cedera di jalan masuk sebuah institut kemahiran di Kinarut.

Sebaliknya kejadian yang tular itu dipercayai berlaku pada 2018 namun diulang siar dan dikongsikan di aplikasi WhatsApp sejak Ahad.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, perkara yang tular itu dilaporkan pada 2018 menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam mesej tersebut mendakwa kejadian rompak dan pukul berlaku di kawasan jalan yang gelap di mana mangsa dihalang oleh seseorang yang tiba-tiba melompat di hadapan kereta sehingga menyebabkan mangsa menekan brek secara mengejut.

Iklan

Dalam kejadian itu, cermin kereta mangsa didakwa dipecahkan sebelum dipukul selain barang peribadi termasuk duit dan beg kerja dirompak.

Mangsa yang didakwa mengalami kecederaan di bahagian belakang dan calar disebabkan objek tajam bergegas ke Balai Polis Kinarut untuk membuat laporan.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28