Konflik Iran-Israel: Kerajaan pastikan keselamatan jemaah haji, umrah terjamin

Iklan
Mohd Na'im.

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya bersama agensi kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin susulan serangan balas Iran terhadap Israel pada Sabtu.

Menurutnya, pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memantau situasi terkini di Timur Tengah itu kerana serangan balas tersebut sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih 7 bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Berhubung keselamatan para jemaah haji dan umrah dari Malaysia susulan ketegangan yang berlaku, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan agensi Kerajaan seperti Wisma Putra, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Ini termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, setakat ini, Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang.

"Semua pihak adalah dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih," katanya.

Iklan

Iran melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu balistik ke Israel pada Sabtu dan serangan itu dikatakan masih berterusan hingga kini.

Menurut wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangannya ke atas Israel sebagai mengikut lunas undang-undang.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28