Polis trafik boleh saman dalam sekolah
Iklan
Gambar hiasan.
ARAU - Anggota polis trafik boleh mengeluarkan saman terhadap individu yang melakukan kesalahan di dalam kawasan sekolah jika ia adalah atas permintaan daripada pihak sekolah.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, polis trafik boleh menjalankan tugas mereka di mana-mana sahaja kerana itu adalah tugas dan dalam bidang kuasa polis setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya kami dijemput datang ke sekolah dan terlebih dahulu buat program advokasi kepada para pelajar sekolah. Selepas itu, barulah kami akan datang ke sekolah untuk buat operasi melalui Op Didik.
"Tidak sewenangnya terus buat operasi dan saman,” katanya selepas melancarkan Liga Bola Sepak PDRM Kontinjen Perlis di Kompleks Sukan Syed Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra di sini hari ini.
Iklan
Surina Saad
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang tular di laman sosial mengenai anggota polis trafik menjalankan operasi menyaman pelajar di dalam kawasan sekolah yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ibu bapa yang beranggapan bahawa ia menyalahi undang-undang.
Iklan
Menurutnya, sebanyak lima buah sekolah terpilih bagi program itu di Perlis dan hanya selepas program advokasi dijalankan barulah tindakan dan operasi dijalankan di sekolah yang terlibat, katanya tanpa mendedahkan butiran sekolah berkenaan.
"Lebih 60 saman dikeluarkan dan kebanyakannya adalah kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, termasuk saman terhadap pemilik kenderaan.
"Saman yang kita keluarkan adalah lebih kepada mendidik ibu bapa tentang pentingnya anak-anak mereka mempunyai lesen memandu terlebih dahulu. Keselamatan anak-anak perlu diutamakan,” katanya. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam