Kuih kapit Kamsiah dapat permintaan masyarakat Cina

Iklan
Kamsiah menunjukkan kuih kapit yang sedia dijual kepada pelanggannya.
KUALA PERLIS - Air tangan seorang wanita Melayu di sini yang menghasilkan kuih kapit sejak 1985 yang menjadi pemanis mulut masyarakat Tionghoa tidak asing lagi apabila mendapat permintaan menggalakkan setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Kamsiah Tahir, 60, berkata, kuih kapit yang dihasilkan menjadi lebih istimewa apabila dibakar di atas api yang sederhana.

"Saya menerima tempahan terbanyak tahun ini iaitu lebih 500,000 keping kuih kapit untuk perayaan Tahun Baru Cina.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini saya terima tempahan banyak daripada masyarakat Melayu dan ia sudah biasa sehinggakan pada pagi raya selepas solat hari raya saya masih bakar kuih lagi sebab tempahan terlalu banyak.

"Saya akan dahulukan tempahan yang dibuat awal supaya kuih sempat disiapkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bahagia, Kuala Perlis di sini semalam.

Iklan
Kamsiah menghasilkan kuih kapit sejak tahun 1985 menerima banyak tempahan setiap kali Tahun Baru Cina.

Menurut Kamsiah, masyarakat Cina gemar membuat tempahan dengan memintanya menambah telur di dalam setiap kuih kapit.

"Untuk hasilkan kuih kapit memang saya letak telur, tetapi masyarakat Cina lebih gemar letak telur lebih supaya lebih sedap," katanya.

Iklan

Katanya, rutinnya setiap hari bermula seawal Subuh di mana bermula dari proses menyediakan tepung, seterusnya dia bergilir-gilir dengan anak dan suaminya membakar kuih kapit sehingga jam 7 petang.

Menceritakan mengenai proses menghasilkan kuih kapit, Kamsiah berkata, tepung beras dibancuh bersama santan, telur dan gula yang dipukul likat.

"Sebelum dibakar, bancuhan tepung dituang ke dalam acuan leper dan diletakkan di atas api sederhana. Prosesnya agak renyah kerana perlu dilakukan satu persatu.

"Pun begitu, kepantasan mengawal api amat penting kerana kuih mudah hangus walaupun lambat beberapa saat," katanya yang mempunyai empat orang anak perempuan.

Kata Kamsiah, kuih kapitnya yang dijual RM10 bagi 50 keping kini sudah memasuki pasaran London, Brunei dan Makkah selain dihantar ke seluruh negara.

Kamsiah dibantu anak bongsunya.