PBB minta semua pihak bertenang, pasca serangan Iran

Iklan
Antonio Guterres

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mendesak semua pihak bertenang, pasca serangan Iran ke atas Israel.

Beliau mengingatkan semua anggota badan dunia itu, tindakan menggunakan kekerasan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Sekarang adalah waktunya untuk bertenang sepenuhnya," katanya.

Kenyataan ini dibuat ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Iklan

Iran pada lewat Sabtu melancarkan serangan ke atas Israel, sebagai tindak balas serangan rejim terhadap bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan