Jordan pertahan tindakan pintas dron Iran

Iklan
Ayman al Safadi - Foto: Reuters

AMMAN - Jordan mempertahankan tindakan memintas dan menembak jatuh dron Iran di ruang udaranya pada Ahad.

Menurut Menteri Luarnya, Ayman al Safadi, negara itu konsisten dengan polisinya bahawa ia akan bertindak ke atas pencerobohan pihak asing di ruang udaranya.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai polisi kekal. Kami akan bertindak ke atas setiap dron dan peluru berpandu yang menceroboh ruang udara kami untuk mengelak ia mengancam Jordan dan rakyatnya.

"Ini pernah berlaku sebelum ini apabila peluru berpandu jatuh di dalam wilayah Jordan dan membahayakan rakyat kami. Ini adalah polisi kami.

Iklan

"Keutamaan kami adalah melindungi rakyat dan keselamatan serta kestabilan negara. Sehubungan itu, penilaian sebenar mendapati dron dan peluru berpandu ini membahayakan dan mengancam kami," katanya.

Beliau juga tekankan Jordan juga akan mengambil pendekatan sama jika Israel melancarkan serangan.

Iklan

Ayman turut memaklumkan kementeriannya memanggil duta Iran ke Jordan susulan isu penghinaan media Tehran terhadap negara itu. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!