Kes 5,000 ekor ayam rentung, bantuan diberikan pada penternak

Iklan
Laporan Sinar Harian

KUALA TERENGGANU - Bantuan akan diberikan menerusi Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu kepada penternak yang terlibat susulan kejadian kira-kira 5,000 ekor anak ayam hangus dalam kebakaran di sebuah ladang ternakan di Cheneh, Kemaman.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, proses penyaluran bantuan akan diberikan kepada penternak tersebut selepas laporan sudah dibuat kepada pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa penternak kita.

"Kita mohon supaya penternak terlibat buat laporan polis serta buat laporan kepada DVS sebagai sebahagian dari proses penyaluran bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Azman menyatakan Jawatankuasa Induk Tabung Bencana Pertanian yang dipengerusikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu akan menguruskan bantuan segera kepada pihak terlibat.

Pada Jumaat, kira-kira 5,000 ekor anak ayam hangus dalam kebakaran di sebuah ladang ternakan di Jalan Jerangau-Jabor, Cheneh, Kemaman.

Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Zulkifli Abd Ghani berkata, seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!