Pemain industri getah perlu patuhi garis panduan buruh asing

Iklan
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran (tengah) menjawab soalan daripada wakil syarikat ketika menghadiri Sesi Town Hall bersama syarikat berasaskan Industri Getah di Auditorium Wawasan, Menara HRDF hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemain industri sarung tangan getah dan produk berasaskan getah negara perlu mematuhi garis panduan dan undang-undang berkaitan buruh asing ditetapkan Kementerian Sumber Manusia bagi mengelakkan implikasi buruk terhadap industri itu.

Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, kementerian turut menggesa pemain industri untuk melaksanakan mekanisme audit pematuhan sosial berkaitan buruh.

Iklan
Iklan

"Kami mengadakan sesi dengan pihak berkepentingan supaya mereka dapat memahami keputusan kerajaan dalam mengatasi isu buruh paksa di negara ini.

"Kami mendapati ada tekanan yang serius dibuat oleh beberapa pihak luar negara yang mengatakan pemain industri kita mungkin tidak mengikut landasan undang-undang berkaitan buruh,” katanya selepas sesi dialog bersama industri pengeluar sarung tangan getah di sini hari ini.

Iklan

Pada Oktober 2019, Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan perintah sekatan pengeluaran (WRO) yang melarang sebuah syarikat negara ini daripada mengeksport sarung tangan getah pakai buang ke AS kerana mendakwa syarikat itu menggunakan buruh paksa.

Menurutnya, WRP Asia Pacific Sdn Bhd juga diarah menyelesaikan isu termasuk tunggakan gaji dan status 1,178 pekerja asingnya dalam tempoh ditetapkan sejak syarikat itu berdepan beberapa masalah.

Iklan

"Sebenarnya mereka (pekerja asing) bukannya tidak sah, secara teknikal mereka tidak sepatutnya bekerja di situ kerana mereka ialah pekerja anak-anak syarikat. Jadi, kami minta mereka (WRP Asia Pacific) betulkannya.

"Ia adalah masalah dalaman mereka, mereka perlu lakukannya (selesaikan) dalam tempoh tertentu, jika tidak, kami akan campur tangan," katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan syarikat pengeluar sarung tangan itu didakwa menggaji 1,000 pekerja asing dan gagal membayar tunggakan gaji mereka dengan setiap pekerja hanya dibayar RM500. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak bayar gaji: Syarikat aniaya pekerja asing akan didakwa