Apakah sambutan Hari Raya Aidilfitri selama sebulan bidaah?

Iklan
AMALAN ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam walaupun bukan pada Hari Raya Aidilfitri. Gambar Hiasan

SOALAN: Bolehkah jika amalan-amalan lain seperti ziarah-menziarahi, menjamu makanan, bermaaf-maafan dan memberi hadiah (seperti duit raya) dilakukan sebulan dalam bulan Syawal atas nama sambutan Hari Raya Aidilfitri? Adakah ia termasuk dalam perkara bidaah yang tercela?

JAWAPAN: Dapat difahami apa yang dilakukan oleh masyarakat pada hari ini bukan termasuk perkara bidaah yang tercela.

Iklan
Iklan

Ini kerana, tiada suatupun ibadat khusus yang direka dalam sambutan hari raya selama sebulan yang diadakan.

Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Iklan

Kesimpulannya, ia sekadar suatu tradisi yang diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Justeru kami amat menggalakkan jika masyarakat mengambil peluang ini untuk mengadakan jamuan makan terutamanya kepada faqir miskin.

Iklan

***Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan