MALAYAN Banking Bhd (Maybank) dipilih sebagai pemenang anugerah Bank Terbaik Tahun 2018 di Malaysia oleh majalah The Banker, menerusi inovasinya tentang bagaimana memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggannya.
Dalam kenyataan, The Banker Editorial berkata Maybank telah melancarkan HouzKEY, produk sewa-milik inovatif, yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang mengiktiraf jurang dalam pasaran untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan perbankan Islam.
"Dengan peningkatan permintaan bagi rumah mampu milik di negara ini, Maybank telah mewujudkan penyelesaian alternatif untuk pemilikan rumah menerusi skim pajakan yang tidak memerlukan deposit," katanya.