KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan

Iklan

BERITA SEMASA 15 April 2024

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan rasa puas hati selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersetuju untuk memohon maaf dan membayar pampasan yang tidak didedahkan kepada bekas Menteri Kesihatan itu.

Iklan
Iklan

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

Khairy berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

Bagaimanapun Datuk Lokman tidak hadir dan hanya diwakili peguamnya, Logen Eskander.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659588/berita/semasa/kj-puas-hati-lokman-adam-minta-maaf-setuju-bayar-pampasan

Iklan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KhairyJamaluddin #SamanFitnah #BayarPampasan