Kelantan sedia bawa pulang pelajar di Jordan

Iklan
Wan Roslan

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan untuk membawa pulang pelajarnya yang sedang mengikuti pengajian di lebih enam buah universiti di Jordan jika konflik di Asia Barat makin meruncing susulan serangan balas Iran terhadap Israel.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, tindakan itu bagaimanapun bergantung sepenuhnya kepada perkembangan situasi semasa.

Iklan
Iklan

"Kita sudah ada pengalaman sebelum ini semasa berlaku krisis di Mesir.

"Ketika itu kita panggil balik semua pelajar Kelantan di negara berkenaan," katanya semasa sidang akhbar di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, kerajaan Kelantan sentiasa berhubung dengan pegawai kebajikan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini keadaan pelajar mereka di negara berkenaan.

Ujarnya, kesemua 267 pelajar Kelantan di sana diingatkan supaya peka dengan perkembangan dan situasi terkini krisis Asia Barat itu termasuk arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Jordan.

Iklan

"Kesemua pelajar itu sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang seperti pengajian Islam, ekonomi dan sebagainya.

"Setakat ini keadaan mereka selamat dan terkawal. Bagaimanapun kita sentiasa mengikut perkembangan dari semasa ke semasa," katanya.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan Iran melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu jelajah dan peluru berpandu balistik terhadap Israel, kira-kira jam 3 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu.

Bagaimanapun, sistem pertahanan Israel dan sekutunya di rantau itu berjaya memintas ‘sebahagian besar’ peluru berpandu dan dron serta ditembak jatuh di luar wilayah Israel.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, bunyi siren amaran dan letupan kuat kedengaran di semua lokasi yang terancam dan pertahanan negara itu bersedia menanganinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!