Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II

Iklan
Raja Abdullah II

ISTANBUL - Raja Jordan Raja Abdullah II menerima satu panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Sabtu, menurut The Royal Hashemite Court.

Panggilan telefon itu meliputi perkembangan terkini di rantau itu dan usaha untuk mengurangkan ketegangan dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza, menurut kenyataan The Royal Hashemite Court, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera dan memberi amaran bahawa sebarang langkah peningkatan yang diambil Israel akan mengembangkan lagi konflik di rantau itu.

Baginda bertitah menamatkan serangan di Gaza dengan segera adalah langkah yang perlu bagi mengelakkan konflik itu daripada 'melimpah' ke rantau itu,” katanya.

Iklan

"Jordan tidak akan membenarkan perang di rantau ini berlaku di wilayahnya, dan mengingatkan akan kesan serangan Israel ke atas Gaza dan langkah unilateral di Tebing Barat," katanya.

Raja Abdullah dalam titahnya menggesa perlindungan diberikan kepada orang awam di Gaza dan memastikan bekalan bantuan kemanusiaan disampaikan menerusi pelbagai saluran secara berterusan.

Iklan

The Royal Hashemite Court berkata, perbincangan dalam perbualan telefon itu meliputi keperluan untuk mengekalkan koordinasi antara Jordan dan Amerika Syarikat dalam perkembangan serantau. - Bernama-Anadolu

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28