Bagaikan sinetron, jumpa kembar seiras di Instagram

Iklan
Nabila Azzahra dan Nabila Elvira bertemu di Instagram.

JAKARTA - Tak ubah seperti sinetron Indonesia, pasangan kembar ini akhirnya berjaya disatukan selepas terpisah 16 tahun lalu.

Itu luahan Nabila Azzahra dan Nabila Elvira di Twitter yang pantas tular di laman sosial.

Iklan
Iklan

Kata Azzahra, kisahnya bermula apabila dia memuat naik foto di Instagram sebelum pengikutnya mengatakan wajahnya mirip rakannya bernama Nabila Elvira.

Pada awalnya, Azzahra tidak percaya pengikutnya memberitahu wajah mereka sangat serupa seperti adik-beradik kembar.

Iklan

Ini kerana dia dibesarkan sendirian oleh keluarga, namun tetap positif untuk menghantar mesej secara peribadi kepada Nabila Elvira.

Menerusi bebenang, kata Azzahra, pada 7 Januari, dia mula beramah mesra dengan Elvira hingga membuat rakaman video untuk melihat wajah masing-masing.

Iklan

Ternyata wajah mereka sangat mirip selain menimbulkan persoalan siapakah mereka sebenarnya, adakah benar kembar atau sekadar pelanduk dua serupa.

Paparan Twitter Azzahra tular di laman sosial.

Azzahra berkata, warna kesukaan, ketinggian, berat badan, saiz kaki, minuman kegemaran mereka disifatkan 90 peratus tepat.

"Perasaan ingin tahu dan berasa keliru menjadi persoalan dalam fikiran, akhirnya saya beranikan diri bertanyakan kepada ibu. Ibu menceritakan perkara sebenar.

"Saya adalah anak angkat pada keluarga ini dan ibu angkat cerita, benar saya ada kembar, bukan dua tetapi tiga orang kembar!

"Kenapa kami berpisah? ibu beritahu ibu kandung tidak mampu menyara kami yang akhirnya memberi kepada keluarga angkat," ciapnya.

Tambah Azzahra, dia tidak berkecil hati atau dendam dengan keluarga kandung kerana memahami situasi sebenar.

"Saya bahagia dengan keluarga angkat dan gembira apabila bertemu dengan adik kembar. Namun kami masih mencari seorang lagi adik, kami tidak tahu dia di mana. Kalau mungkin ada sesiapa tahu, boleh maklumkan kepada kami.

"Terima kasih juga kepada teman kerana membantu kami, beri sokongan. Terima kasih sekali lagi," katanya.

Sehingga kini, hantaran tersebut meraih lebih 9,900 ulang kongsi dan 26,200 tanda suka daripada netizen yang teruja titik pertemuan mereka.

"Ceritanya sedih sangat, tak sangka dulu hidup sendiri tetapi rupanya ada adik lain," kata Iklian.

Hasbi pula menulis,"Cerita sinetron yang benar-benar realiti, sungguh luar biasa."