'Terima kasih abang polis tolong jaga rumah'

Iklan
Perkongsian Mohamad Faizul di Facebook beliau mengenai pengalaman menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

SHAH ALAM - Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ketika pulang beraya di kampung selama tujuh hari.

Pegawai Veterinar, Mohamad Faizul Shahril Md Razali, 44, berkata, keselamatan rumah ketika ditinggalkan terutamanya untuk tempoh yang lama boleh dipantau dengan mudah hanya menggunakan aplikasi itu di telefon bimbit.

Iklan
Iklan

"Teknologi ini sangat memudahkan pengguna, ia ringkas hanya mengisi maklumat yang diperlukan. Bagaimanapun awas, jangan memberi maklumat palsu ya.

"Terima kasih abang polis sebab tolong tengokkan rumah. Tahniah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan teknologi sepenuhnya, tidak perlu lagi ke balai polis seperti sebelum ini," katanya di Facebook pada Ahad.

Iklan

Tambah Mohamad Faizul Shahril, aplikasi berkenaan boleh dimuat naik orang ramai menerusi Apple IOS atau Android.

Ujarnya, untuk memaklumkan peninggalan rumah kini hanya dengan klik di hujung jari yang mempunyai fungsi sama.

Iklan

"Cara penggunaannya hanya memasukkan info lengkap di dalam aplikasi tersebut yang mengandungi fungsi 'Balik Kampung'," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!