Pekerja selenggara paip jatuh gaung di Gerik

Iklan
Seorang lelaki mengalami kecederaan tulang belakang apabila terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau Sungai Rui, Gerik pada Isnin. Foto JBPM Perak

IPOH - Seorang lelaki mengalami kecederaan tulang belakang apabila terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau Sungai Rui, Gerik pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Mohd Khusyairi Mat Jazan, 38, terjatuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip di tepi jalan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan pada 1.12 tengah hari tadi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 22 kilometer kira-kira 25 minit kemudian.

"Anggota bomba melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan pengusung dan tali seterusnya membawa mangsa naik ke bahu jalan.

Iklan

"Mangsa yang mengalami kecederaan pada tulang belakang diserahkan kepada pihak petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya," katanya sambil menambah operasi tamat pada 1.50 tengah hari. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan