KUALA LUMPUR - Parlimen Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju untuk memperbaharui kerjasama susulan kejayaan usaha sama antara kedua-dua pihak sejak 2019 hingga 2023.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kerjasama tersebut merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Rakyat, pengukuhan institusi legislatif, pembinaan kapasiti dan pembangunan belia hingga 2025.