Penggali telaga maut tertimbus tanah

Iklan
Seorang penggali telaga maut selepas tertimbus semasa melakukan kerja-kerja menurunkan pembentung dalam kejadian di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban, Pasir Mas pada Isnin.

PASIR MAS - Seorang penggali telaga maut selepas tertimbus semasa melakukan kerja-kerja menurunkan pembetung dalam kejadian di Masjid Kampung Gelam, Tok Uban di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23.

Mangsa tertimbus dalam telaga yang berkedalaman enam meter.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Kanan II Adnan Mohd Juri berkata, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 5.54 petang.

"Setiba di lokasi pada jam 6.17 petang, kami dapati mangsa sudah tertimbus dalam telaga yang berkedalaman enam meter," katanya kepada pemberita.

Hasil bantuan orang awam, mayat mangsa berjaya ditemukan pada jam 7.15 malam.

Iklan

Menurut beliau, hasil bantuan orang awam, mayat mangsa berjaya ditemukan pada jam 7.15 malam.

Ujarnya, sejurus ditemukan mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Adnan memberitahu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!