Ops Rempit: JPJ Pulau Pinang keluar 214 notis saman

Iklan
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 214 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Rempit bagi mencegah lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pada Ahad. Foto Facebook JPJ Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 214 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Rempit bagi mencegah lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pada Ahad.

JPJ dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan operasi dijalankan Unit Operasi JPJ Pulau Pinang bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu turut menyita 10 motosikal.

Iklan
Iklan

"Operasi bermula 11.30 malam Ahad hingga 5 pagi Isnin (semalam) bertujuan mencegah aktiviti lumba haram atau menguji kelajuan motosikal, yang didapati berlaku terutama pada lewat malam hingga ke waktu awal pagi.

Operasi bermula 11.30 malam Ahad hingga 5 pagi Isnin bertujuan mencegah aktiviti lumba haram atau menguji kelajuan motosikal, yang didapati berlaku terutama pada lewat malam hingga ke waktu awal pagi. Foto Facebook JPJ Pulau Pinang

"Antara kesalahan dikesan ialah mengubah suai motosikal secara ekstrem bagi tujuan menambah kelajuan, tayar ‘sotong’, menanggalkan brek belakang, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan menukar ‘swing arm’,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Kesalahan lain ialah mengubah suai ekzos, memandu di bawah umur, tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans serta gagal mempamer pelekat P.

Menurut kenyataan itu, JSPT turut mengeluarkan 25 notis saman manakala 10 notis kompaun dikeluarkan JAS. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28