Serangan Iran bukti Israel mampu dihancurkan - Nurul Ain

Iklan
Nurul Ain dan suami, Mohamed Adan.

SHAH ALAM -"Saya harap tindakan Iran serang Israel dapat membuka mata lebih banyak negara supaya membela nasib rakyat Palestin dan memutuskan hubungan dengan negara rejim Zionis itu.”

Demikian luahan rakyat Malaysia yang sebelum ini terperangkap di Gaza, Nurul Ain Haron, 37, mengenai serangan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan Iran terhadap Israel, Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Ujar Nurul Ain yang kini menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama suami yang juga warganegara Palestin, Mohamed Adan Shaat, 33, serangan itu memberi isyarat kepada umat Islam seluruh dunia bahawa Israel sebenarnya lemah dan boleh dihancurkan.

Nurul Ain

"Mereka (Israel) boleh dihancurkan jika kita (umat Islam) bersatu. Israel mampu bertahan selama 75 tahun ini hanya disebabkan hubungan dengan Amerika Syarikat.

Iklan

"Negara Islam perlu bersatu melawan atau sekurang-kurangnya putuskan segala ikatan dengan Israel sama ada hubungan diplomatik, ekonomi atau ketenteraan.

"Apa yang membuatkan Israel ini kuat ialah kerana orang-orang Islam ini sendiri yang hancur dan lemah,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28