Halloween jadi tarikan, Noor Muhamad tanam anggur di laman rumah

Iklan
Noor bersama varieti Halloween yang unik dengan bentuk memanjang di Laman Anggur Temerloh.

TEMERLOH - Berbeza berbanding varieti lain, ciri buah anggur jenis Halloween yang memanjang menjadi tarikan di Laman Anggur Temerloh yang diusahakan seorang penjawat awam di sini.

Noor Muhamad Othman, 37, di Taman Seri Lebak di sini mula menanam varieti tersebut sejak 2020.

Iklan
Iklan

Menurutnya, varieti tersebut bertukar kemerahan apabila masak dan antara paling manis hingga boleh mencapai 28 brix serta tidak berbiji.

Varieti Halloween yang bertukar kemerahan apabila masak.

"Saya mendapatkan anak pokok varieti ini dari negara jiran, Indonesia.

Iklan

"Dan kini ia antara tarikan dan selain Halloween, saya juga menanam pelbagai varieti lain, antaranya Jupiter, Dickson, Lorano, Helido, Academic, Beauty Karasoka,” katanya mula mengusahakan tanaman anggur di tepi laman rumahnya sejak 2017.

"Dijangkakan buah-buah anggur di laman ini akan masak ranum sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Iklan

"Kalau musim hujan sedikit masalah, buah lebih mudah pecah kerana banyak air,” ujarnya.

Noor sentiasa memeriksa keadaan anggur yang ditanamnya.

Menurut Noor Muhamad, sebelum memilih tanaman anggur, dia telah menanam strawberi, cili dan rockmelon."Saya sukakan tanaman yang unik, jarang diusahakan dan kemudian terfikir nak cuba anggur.

"Tak sangka bermula dengan hobi menanam, kini saya dapat banyak ilmu, pengalaman dan dapat berkongsi dengan mereka yang berminat mengusahakan tanaman anggur,” ujarnya.

Dia berkata, pada peringkat awal, harga anak pokok mahal di pasaran hingga mencecah RM350 sepokok, namun kini keadaannya sudah berubah.

Anggur yang dijangka masak ranum sepenuhnya dalam beberapa minggu lagi.

"Dulu memang mahal, kini RM50 hingga RM100 sudah boleh dapat di pasaran,” katanya.

Ditanya perancangannya selepas ini, Noor Muhamad berkata, beliau ingin mengusahakan tanaman itu di kawasan lebih luas untuk perancangan jangka panjang.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28