PUTRAJAYA - Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam kemalangan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, dipercayai telah keluar daripada Hospital Putrajaya, malam ini.
Media yang telah mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita mengenai Momota yang akan pulang ke Jepun pada awal Rabu, melihat dua buah kenderaan konvoi tiba di sebuah hotel dekat sini.