Dunia di ambang perang besar?
Iklan
SHAH ALAM - Serangan balas Iran terhadap Israel tidak akan mencetuskan konflik lebih besar dan bukan permulaan Perang Dunia Ketiga ekoran tindakan tersebut hanya tindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis.
Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berpandangan, serangan itu bukan bermaksud untuk memusnahkan atau membunuh rakyat Israel, tetapi bagi menunjukkan Teheran mampu bertindak sendirian terhadap negara seterunya.