'Rohingya besar kepala, buat seperti negara sendiri'
Iklan
JOHOR BAHRU - Kewujudan kira-kira 1,000 etnik Rohingya yang menetap di Kampung Kangkar Tebrau di sini sejak beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan rasa kurang senang dan merimaskan penduduk setempat.
Seorang penduduk, Abd Razak Tarmidi, 63, berkata, mereka kebanyakannya tinggal di bahagian belakang kampung berkenaan iaitu di Jalan Nyior Satu, Jalan Nyior Dua, Jalan Nyior Tiga dan Jalan Nyior Enam.