Sedih terima berita kematian ibu, tapi tiada duit nak pulang

Iklan
Paparan Twitter Kechara tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki terkedu ketika membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli keluarga yang memberitahu ibunya meninggal dunia.

Berita duka itu dikongsi oleh Kechara Soup Kitchen (Kechara) di Twitter selepas lelaki bernama Faizal meminta bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Iklan
Iklan

Faizal datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan kira-kira tiga minggu lalu dan dalam tempoh itu dia terpaksa tidur di tepi jalan kerana kehabisan wang dan tidak boleh mengecas telefon bimbitnya.

Satu hari, dia menghidupkan semula telefon dan tanpa disangka, puluhan panggilan serta mesej tidak dijawab dan salah satu daripada mesej itu membawa berita sedih.

Iklan

Luluh hatinya menerima mesej dari abangnya memberitahu ibunya meninggal dunia.

Faizal tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung dan memberi penghormatan terakhir kepada ibunya di Muar namun atas saranan rakannya dia meminta bantuan daripada Kenchara.

Iklan

"Kami membawanya ke stesen bas dan membelinya tiket supaya dia boleh bersama keluarganya.

"Faizal sangat bersyukur dan berterima kasih kerana membantunya di saat dia memerlukan pertolongan. Takziah kami kepada keluarga Faizal," ciapnya.

Kisah meruntun jiwa dikongsi oleh Kechara menarik perhatian netizen yang turut berduka di atas pemergian ibu Faizal.

"Allahuakbar... sedihnya baca cerita macam ni. Semoga ALLAH bagi kekuatan kepada dia dan keluarganya. Dan semoga ALLAH menyedarkan semua orang yang diberi amanat tetapi lalai dengan pangkat dan harta," tulis Zairal.

Selain itu, atas keprihatinan pelayar juga menawarkan pekerjaan buat Faizal untuk menampung diri dan keluarganya.