Tugu peringatan Kento Nanami belum boleh dimulakan

Iklan
Yu Man (kiri).

KUANTAN - Projek untuk membina tugu peringatan watak-watak anime Jepun, Kento Nanami masih belum dapat dimulakan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, pembinaan tugu yang tertangguh lebih empat bulan dijangka mengambil masa susulan isu hak cipta dan beberapa perkara lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, satu perbincangan sudah diadakan antara wakil kerajaan negeri dengan penerbit anime itu pada Disember tahun lalu.

"Perkara ini ambil sedikit masa kerana ia libatkan isu hak cipta dan pelbagai perkara lain.

Iklan

"Kita kena melalui orang tengah untuk berhubung dengan pencipta anime.

"Namun kita juga cuba berbincang dengan syarikat yang memiliki hak cipta (watak) anime itu.

Iklan

"Perbincangan masih berjalan dan berharap ia boleh diselesaikan tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Tourism Pahang pada Selasa.

Yu Man sebelum itu mengadakan sidang media mengenai penganjuran Malaysia International Tourism Expo (MITE) 2024 Pahang pada Oktober depan.

Pada November tahun lalu, dalam episod 42 Jujutsu Kaisen, ahli sihir Kento Nanami sebelum meninggal dunia meluahkan hasrat untuk membina rumah dan menghabiskan masa dengan membaca buku di Kuantan.

Susulan itu, kerajaan Pahang merancang membina peringatan kepada Nanami yang tidak disangka-sangka menarik perhatian dunia terhadap pantai-pantai di Kuantan.

Bahkan ada pihak menanda 'Kento Nanami Memorial' di peta Google.

"Tempat ditandakan itu berdekatan Pantai Kempadang dan bagaimanapun telah dibuang.

Dalam perkembangan lain, Yu Man memberi jaminan bahawa pelancong masih selamat untuk mengunjungi Pahang.

Jelasnya, walaupun berlaku beberapa insiden seperti pergaduhan di kasino Genting Highlands sebelum ini, namun secara amnya Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi.

"Secara umumnya Malaysia masih lagi sebuah negara yang aman damai.

"Mungkin kadang-kadang berlaku sesetengah peristiwa, namun keselamatan pelancong dan semua sentiasa menjadi keutamaan pihak berkuasa," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28