Cuaca panas, JKN perlu utamakan permohonan kipas - KKM

Iklan
Lapan unit kipas telah pun diterima di Klinik Kesihatan Kuala Kedah bagi kemudahan orang awam.

ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memberikan keutamaan kepada permohonan aset kipas oleh semua klinik di bawah seliaan mereka dalam menghadapi cuaca panas ketika ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, perkara tersebut perlu diberikan perhatian oleh semua Pengarah JKN bagi memastikan pengguna selesa semasa mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, lapan unit kipas telah pun diterima Dr Fazlin, FMS Klinik Kesihatan Kuala Kedah hari ini. Terima kasih Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Menteri kesihatan menjawab aduan seorang pengguna mengenai kemudahan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah di laman X.

"Pengarah-pengarah JKN diingatkan untuk memberikan keutamaan permohonan aset kipas supaya mencukupi di semua klinik kesihatan, KKom dan Klinik Desa dalam cuaca panas mutakhir ini," katanya yang dipetik melalui laman X pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, penilaian kos pendawaian semula Klinik Kesihatan Kuala Kedah telah dilakukan Bahagian kejuruteraan JKN Kedah melibatkan jumlah RM250,000.

"Penilaian kos pendawaian semula Klinik Kesihatan Kuala Kedah akan dikemuka bersekali permohonan kepada Bahagian Kewangan IPKKM.

Iklan

"Info keperluan penggantian kipas dan pendingin hawa sedang dikumpul untuk fasiliti-fasiliti kesihatan awam di Kedah untuk tindakan lanjut," ujar beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28